Kerjaya awal Hunter_Biden

Selepas tamat belajar di sekolah undang-undang, Biden menerima jawatan di syarikat pegangan bank MBNA America dan menjadi penyumbang utama kempen politik ayahnya.[3] Menjelang tahun 1998, Biden telah dinaikan pangkat ke kedudukan sebagai naib presiden eksekutif[3][8] dan kemudian meninggalkan syarikat itu untuk berkhidmat di Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat hingga tahun 2001, dengan fokus pada dasar e-dagang.[9] Biden menjadi seorang pelobi pada 2001, mengasaskan syarikat Oldaker, Biden & Belair.[10] Menurut Adam Entous dari The New Yorker, Biden dan ayahnya menjalin hubungan di mana "Joe tidak akan bertanya kepada Hunter mengenai kliennya yang melobi, dan Hunter tidak akan memberitahu ayahnya tentang mereka."[3] Pada 2006, Biden dan pakciknya James Biden cuba membeli Paradigm, sebuah kumpulan dana terhad, tetapi perjanjian itu tidak pernah berlaku.[3] Pada tahun yang sama, Hunter Biden dilantik untuk penggal lima tahun di lembaga pengarah Amtrak oleh Presiden George W. Bush.[11] Biden adalah naib ketua dewan dari Julai 2006 hingga 2009; beliau mengundurkan diri pada Februari 2009,[12][13] meninggalkan kedua-dua peranan itu sejurus selepas ayahnya menjadi naib presiden. Biden mengatakan semasa kempen naib presiden bapanya bahawa sudah tiba masanya aktiviti lobi beliau berakhir.[3]